awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan 'lebih adil untuk semua'

Bernama
Bernama
05/09/2023
08:54 MYT
Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan 'lebih adil untuk semua'
Dalam pertemuan mereka, Widodo berkata ketidaktentuan dalam situasi global semasa menjejaskan pembangunan ekonomi sedang pesat membangun. - Foto/Akaun X Joko Widodo
MOSCOW: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menggesa Presiden Bank Dunia Ajay Banga menangani kritikan meluas terhadap institusi kewangan itu dengan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil.
"Indonesia dan negara-negara membangun lain menaruh harapan tinggi untuk anda mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil untuk semua, terutama bagi negara-negara membangun," Sputnik memetik Agensi Berita Indonesia Antara yang memetik Widodo sebagai berkata.
Presiden menambah beliau yakin bahawa Banga "menyedari pelbagai kritikan terhadap Bank Dunia, termasuk oleh Setiausaha Agung PBB mengenai kurangnya perhatian terhadap kepentingan negara membangun".
Dalam pertemuan mereka, Widodo berkata ketidaktentuan dalam situasi global semasa menjejaskan pembangunan ekonomi sedang pesat membangun dan memerlukan kerjasama antara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Bank Dunia.
Beliau juga menekankan komitmen Indonesia terhadap pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan menyeru untuk mengukuhkan komitmen terhadap pembiayaan dan pelaburan dalam tenaga hijau dan peralihan ekonomi.
Pertemuan pada Isnin diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, yang berlangsung dari 5-7 Ogos.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Presiden Indonesia
#Jokowi
#Bank Dunia
#Ajay Banga
#sistem kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan