awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi rasmi kereta api laju Whoosh, perjalanan Jakarta-Bandung hanya 45 minit

Agensi
Agensi
02/10/2023
08:01 MYT
Jokowi rasmi kereta api laju Whoosh, perjalanan Jakarta-Bandung hanya 45 minit
Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan perkhidmatan projek kereta api laju di Stesen Kereta Api Halim di timur Jakarta pada Isnin. - Foto Sekretariat Presiden Indonesia
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan perkhidmatan projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion) di Stesen Kereta Api Halim di timur Jakarta pada Isnin.
Pengangkutan terbaharu itu menghubungkan ibu negara Indonesia, Jakarta dengan Bandung.
"Dengan kelajuan 350 kilometer/j dan kereta api ini kita namakan Whoosh," ujar Jokowi.
Menurut Jokowi, nama itu diinspirasikan daripada bunyi kereta api berkelajuan tinggi dan singkatan kepada "Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Handal".
Sementara itu, menteri kanan yang menyelia projek, Luhut Pandjaitan, memaklumkan perjalanan percubaan percuma kereta api laju, yang dijalankan sejak minggu kedua September, akan dilanjutkan.
Harga tiket akan dimaklumkan pada pertengahan Oktober.
Projek kereta api itu dibina oleh PT KCIC, yang terdiri daripada empat syarikat Indonesia dan China Railway International Co.
Kereta api berkelajuan tinggi "whoosh" dilancar hari ini
Ia pada mulanya ditetapkan dengan kos kurang daripada AS$5 bilion (kira-kira RM23.5 bilion) dan siap dibina menjelang 2019, tetapi kelewatannya disebabkan isu pembinaan dan pandemik COVID-19 yang turut menyumbang kepada peningkatan kos.
Pihak berkuasa menjalankan ujian awam bagi perjalanan berkelajuan tinggi baharu sejauh 142 kilometer sebelum membukanya.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Joko Widodo
#Whoosh
#kereta api laju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan