awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa

Bernama
Bernama
19/08/2024
06:20 MYT
Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi telah melantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, menggantikan Arifin Tasrif. - Gambar fail/ IG Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).
Ketika beliau menghampiri penghujung penggal pemerintahan Presiden pada 20 Oktober, Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi telah melantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, menggantikan Arifin Tasrif.
Bahlil yang sebelum ini merupakan Menteri Pelaburan dan Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan akan digantikan oleh Rosan Roeslani yang sebelum ini Timbalan Menteri Badan Usaha Milik Negara.
Supratman Andi Agtas dilantik sebagai Menteri Hukum (Undang-undang) dan Hak Asasi Manusia Indonesia, mengambil alih daripada Yasonna Laoly manakala Angga Raka Prabowo dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat.
Pelantikan lain termasuk Hasan Nasbi sebagai ketua pejabat komunikasi presiden, Dadan Hindayana sebagai ketua Agensi Pemakanan Nasional yang baru ditubuhkan dan Taruna Ikrar sebagai ketua Agensi Penyelia Makanan dan Ubat-ubatan.
Rombakan itu bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran Joko Widodo, menyelaraskannya dengan keutamaan dasar beliau serta memastikan peralihan kuasa kepada Presiden terpilih Prabowo Subianto berjalan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#peralihan kuasa
#Jokowi
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan