KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Joko Widodo, juga dikenali sebagai Jokowi, telah mengetengahkan tiga kunci utama untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) memulakan kembali aktiviti dan mempercepat pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19.
Berucap di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2021 yang diadakan secara maya pada Isnin, beliau berkata mempercepat vaksinasi COVID-19 adalah kunci pertama kerana penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan blok dengan 10 anggota itu.
Dalam jangka pendek, beliau berkata ASEAN harus mencapai sasaran untuk memvaksin 70 peratus daripada 650 juta penduduk rantau itu secepat mungkin.
"Kerajaan dan perniagaan di rantau ini perlu berusaha dan mengambil tindakan bersama. Sementara itu, dalam jangka sederhana, ASEAN perlu menubuhkan protokol krisis kesihatan untuk memastikan bahawa rantau ini lebih berdaya tahan terhadap krisis kesihatan di masa depan, " katanya dalam ucaptama beliau.
Jokowi berkata kunci kedua adalah mengaktifkan semula perjalanan selamat, termasuk pelancongan selamat, berikutan keadaan COVID-19 semakin terkawal.
Beliau menyebut bahawa Kerangka Penyusunan Koridor Perjalanan ASEAN yang dimulakan oleh Indonesia tahun lalu perlu segera dilaksanakan, manakala perakuan sijil vaksin di rantau ini termasuk keupayaan menyelaraskan satu sistem untuk vaksin juga perlu dipersetujui.
Penyusunan perjalanan atau Laluan Perjalanan Vaksinasi wilayah harus diwujudkan untuk individu yang telah divaksin dan disahkan sihat atau negatif daripada COVID-19.
"Sekiranya semua negara ASEAN segera mempermudahkan pergerakan manusia yang selamat, ekonomi akan kembali pulih," katanya.
Beliau menambah Indonesia juga secara beransur-ansur membuka kembali industri pelancongannya, dengan Bali sebagai contoh pelancongan selamat dengan protokol kesihatan yang ketat, selepas 84.8 peratus penduduk pulau itu telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
Jokowi berkata mempercepat penyesuaian aktiviti ekonomi serantau menuju ekonomi digital adalah kunci ketiga kerana ia boleh menjadi penyelesaian paling berkesan dalam menangani halangan pergerakan dan interaksi bersemuka dalam aktiviti ekonomi.
Sebagai rantau dengan pertumbuhan ekonomi terpantas di dunia, beliau berkata ekonomi digital di ASEAN mempunyai potensi besar. Semasa wabak ini, ekonomi digital berkembang sebanyak US$100 bilion pada 2020.
"Ia boleh menjadi batu loncatan untuk kemajuan ekonomi di rantau kita. Indonesia menyokong ASEAN untuk menjadi komuniti yang terhubung secara digital.
"Ekonomi ASEAN bukan sahaja akan pulih, tetapi juga boleh melonjakkan kemajuan dan berkembang bersama secara adil dan mampan," katanya.
Sementara itu, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucaptama pembukaannya pada sidang kemuncak yang dihoskan oleh negara itu berkata disebabkan keadaan ekonomi global masih rapuh dan tidak menentu, adalah lebih penting bagi ASEAN dan rakan dialognya untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama berbanding sebelumnya.
Menurut beliau tema ASEAN 2021 iaitu "We Care We Prepare We Prosper," menegaskan komitmen kolektif ASEAN untuk menjaga rakyatnya, dan bersiap sedia menghadapi cabaran dan peluang masa depan dengan matlamat memastikan bahawa seluruh komuniti ASEAN dapat terus makmur.
"Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun lalu, menunjukkan usaha bersepadu kita ke arah memajukan kerjasama perdagangan antarabangsa dan pemulihan serantau.
"Pelan Rintis Pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 akan terus menjadi wadah untuk memajukan aspirasi perniagaan kami, dan memperluas jangkauan global mereka," katanya.
Sultan Hassanal Bolkiah percaya Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN tahun ini akan menyediakan platform bagi pembuat dasar dan pihak berkepentingan lain untuk berbincang, berkongsi pengalaman dan bekerjasama mengenai bagaimana memastikan perniagaan menjadi lebih lestari dan berdaya tahan terhadap kejutan di masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Jokowi dalam ucaptama beliau berkata, kunci kedua adalah mengaktifkan semula perjalanan selamat, termasuk pelancongan selamat, berikutan keadaan COVID-19 semakin terkawal. (Foto AP)
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Jokowi seru ASEAN percepat vaksinasi, kembalikan perjalanan selamat, galak ekonomi digital
Mempercepat vaksinasi COVID-19 adalah kunci pertama kerana penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan blok dengan 10 anggota itu.