BEIJING: Jualan runcit dalam talian di China bagi empat bulan pertama tahun ini naik 11.5 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB4.41 trilion (RM2.85 trilion), kata seorang pegawai Bahagian E-dagang Kementerian Perdagangan China pada Selasa.
Menurut beliau, jumlah jualan runcit dalam talian membabitkan produk fizikal naik 11.1 peratus tahun ke tahun dengan mencecah RMB3.74 trilion (RM2.42 trilion), sekali gus menyumbang 23.9 peratus keseluruhan jualan runcit barang kepenggunaan.
Pada masa yang sama, nisbah eksport melalui e-dagang rentas sempadan dalam import-eksport perdagangan komoditi meningkat dengan stabil.
Pegawai itu berkata peningkatan pesat dapat disaksikan dalam jualan produk digital, hijau dan kesihatan melalui e-niaga pada empat bulan pertama tahun ini, antaranya, jualan dalam talian peralatan komunikasi, barangan elektronik untuk kegunaan isi rumah yang bersifat mesra alam dan produk sukan dan hiburan masing-masing meningkat sebanyak 20.2 peratus, 15.5 peratus dan 21.6 peratus tahun ke tahun.
Dalam tempoh yang sama, kepenggunaan perkhidmatan utama di bawah pemantauan Kementerian Perdagangan dalam talian naik sebanyak 25.1 peratus tahun ke tahun, antaranya pelancongan dalam talian meningkat sebanyak 77.6 peratus.
Selain itu, kemajuan baharu juga dapat disaksikan sektor e-dagang dalam bidang kerjasama antarabangsa.
Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perdagangan Dalam dan Luar Negeri Serbia telah menandatangani memorandum persefahaman tentang pembentukan mekanisme kerjasama e-dagang baru-baru ini.
Setakat ini, China telah membentuk mekanisme kerjasama e-dagang dua hala dengan 31 negara. Pelbagai projek rintis berjalan lancar di Zon Kerjasama "E-dagang Jalan Sutera" Shanghai, sedangkan 36 daripada kesemua 38 projek pilot sudah dimulakan pelaksanaannya.
--BERNAMA-CMG
Bernama
Wed May 22 2024
Jualan runcit dalam talian di China bagi empat bulan pertama tahun ini naik 11.5 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB4.41 trilion (RM2.85 trilion). - Gambar hiasan/BERNAMA
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).