awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Catur Dunia ke-10 Boris Spassky meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/02/2025
13:36 MYT
Juara Catur Dunia ke-10 Boris Spassky meninggal dunia
Spassky merangkul gelaran Juara Dunia pada 1969 selepas menewaskan Tigran Petrosian dalam perlawanan di Moscow. - Gambar Chess.com
MOSCOW: Bekas Juara Catur Dunia ke-10, Boris Spassky meninggal dunia pada usia 88 tahun di Moscow, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Presiden Persekutuan Catur Rusia, Andrey Filatov mengesahkan perkara itu.
"Seorang tokoh hebat telah meninggal dunia. Generasi pemain catur telah dan masih terus mempelajari permainan ini melalui strategi serta perlawanannya.
"Ini adalah satu kehilangan besar bagi negara. Takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya. Kenangan abadi buatnya," kata Filatov.
Spassky merangkul gelaran Juara Dunia pada 1969 selepas menewaskan Tigran Petrosian dalam perlawanan di Moscow.
Namun, pada 1972, beliau gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat, Bobby Fischer di Reykjavik.
Pada tahun yang sama, grandmaster catur itu berhijrah ke Perancis dan mewakili negara itu dalam Kejohanan Olimpiad Catur sebanyak tiga kali.
Pada 2000-an, Spassky aktif dalam usaha mempopularkan sukan catur di Rusia, termasuk mengadakan lawatan ke seluruh negara serta membuka sekolah dan kelab catur.
Beliau kembali ke Rusia pada 2012 dan diberikan kerakyatan pada 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Juara Catur Dunia
#Boris Spassky
#Rusia
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan