awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia

Bernama
Bernama
21/11/2024
13:42 MYT
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kementerian mengarahkan setiap pemimpin universiti awam dan swasta untuk mencegah penyertaan pensyarah, pelajar dan tenaga pengajar dalam perjudian dalam talian. - Gambar hiasan
JAKARTA: Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia, Satryo Soemantri Brodjonegoro, mendedahkan statistik membimbangkan bahawa kira-kira 960,000 pelajar dari peringkat sekolah dan universiti telah terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.
"Jumlah pelajar yang terlibat dalam perjudian dalam talian kini mencecah 960,000," kata menteri itu dalam sidang media di sini pada Khamis, lapor agensi berita ANTARA.
Brodjonegoro menyatakan bahawa kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.
Dalam usaha menangani masalah itu, beliau mengesahkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi sedang menyediakan saluran khas untuk laporan mengenai perjudian dalam talian di universiti di Indonesia.
"Kami sedang menyediakan perkhidmatan laporan ini. Universiti awam dan swasta mesti menyediakan saluran ini untuk mereka yang terjerat dalam perjudian dalam talian," jelasnya.
Selain itu, Brodjonegoro mengeluarkan arahan khas kepada rektor universiti awam dan swasta di Indonesia untuk turut serta dalam pencegahan perjudian dalam talian.
"Kementerian mengarahkan setiap pemimpin universiti awam dan swasta untuk mencegah penyertaan pensyarah, pelajar dan tenaga pengajar dalam perjudian dalam talian," katanya.
Beliau turut menekankan bahawa arahan itu juga diberikan kepada universiti di bawah naungan Kementerian Hal Ehwal Agama.
Pada majlis yang sama, Menteri Hal Ehwal Agama Nasaruddin Umar, mengumumkan bahawa beliau telah memanggil rektor dari pelbagai institusi pengajian tinggi agama negeri untuk membincangkan strategi bagi mengurangkan penglibatan pelajar dalam perjudian dalam talian di persekitaran akademik mereka.
Institusi itu merangkumi Kolej Islam Negeri (STAIN), Institut Agama Islam Negeri (IAIN) dan Universiti Islam Negeri (UIN).
"Kami telah menjemput semua rektor di bawah naungan kementerian, termasuk IAIN, UIN, STAIN, dan pejabat wilayah kementerian, untuk menghadiri mesyuarat kerja," ujar Nasaruddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#Judi Online
#pelajar
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan