awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah jemaah umrah melebihi 5.4 juta pada suku kedua 2025 - GASTAT

Bernama
Bernama
20/11/2025
22:40 MYT
Jumlah jemaah umrah melebihi 5.4 juta pada suku kedua 2025 - GASTAT
Statistik umrah dikeluarkan secara berkala dan menyediakan data tepat mengenai bilangan jemaah umrah dan pelawat dari dalam serta luar negara. - Gambar fail
RIYADH: Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi (GASTAT) mengumumkan statistik umrah bagi suku kedua 2025, menunjukkan sejumlah 5,443,393 jemaah umrah dari dalam negara dan luar negara.
Daripada jumlah itu, 3,352,506 ialah lelaki (61.6 peratus) dan 2,090,887 ialah wanita (38.4 peratus), lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Laporan itu menunjukkan bahawa 1,090,327 jemaah tempatan menunaikan umrah dalam tempoh berkenaan, mewakili 48.4 peratus daripada keseluruhan jemaah.
Sementara itu, bilangan jemaah yang tiba dari luar negara ialah 1,324,418, termasuk 653,513 lelaki (49.3 peratus) dan 670,905 wanita (50.7 peratus).
Dari segi pintu masuk, 71.6 peratus jemaah luar tiba melalui udara, 28.2 peratus melalui darat dan 0.2 peratus melalui laut.
Statistik umrah dikeluarkan secara berkala dan menyediakan data tepat mengenai bilangan jemaah umrah dan pelawat dari dalam serta luar negara, sekali gus menjadi rujukan penting dalam menyokong dasar dan perancangan berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah umrah
#GASTAT
#statistik umrah
#bilangan jemaah umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan