MANILA: Jumlah kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun yang bekerja di Filipina meningkat pada 2021, dianggarkan seramai 1.37 juta orang, lapor Xinhua memetik data kerajaan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Data Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA) menunjukkan bilangan buruh kanak-kanak atau kanak-kanak yang melakukan kerja berbahaya dan berada berjam-jam dalam persekitaran berbahaya turut meningkat pada 2021.
Ketua PSA Dennis Mapa berkata jumlah penduduk kanak-kanak di negara itu dianggarkan seramai 31.64 juta pada 2021.
Daripada jumlah itu, 1.37 juta atau 4.3 peratus bekerja, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak lelaki.
Menurut data, kebanyakan kanak-kanak berkenaan bekerja dalam sektor pertanian diikuti perkhidmatan dan industri dengan Mindanao Utara dan selatan Filipina merekodkan bilangan paling ramai.
Sementara itu, data menunjukkan jumlah buruh kanak-kanak dianggarkan seramai 935,000, angka yang lebih tinggi berbanding 597,000 pada 2020 dan 640,00 pada 2019.
Daripada anggaran 935,000 kanak-kanak bekerja yang terlibat dalam buruh kanak-kanak pada 2021, 626,000 atau 67.0 peratus adalah lelaki manakala 309,000 atau 33.0 peratus lagi perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Jumlah penduduk kanak-kanak di Filipina dianggarkan seramai 31.64 juta pada 2021. Daripada jumlah itu, 1.37 juta atau 4.3 peratus bekerja, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak lelaki. - Gambar hiasan
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Polis selamatkan 137 termasuk kanak-kanak mangsa eksploitasi buruh
Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.
Jumlah kanak-kanak bekerja dan jadi buruh di Filipina meningkat pada 2021
Bilangan buruh kanak-kanak yang melakukan kerja berbahaya dan berada berjam-jam dalam persekitaran berbahaya turut meningkat.
Ramai buruh kanak-kanak di negara maju dan membangun - Pakar
Semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.
8 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Delta Nil
Mangsa antara 12 penumpang yang menaiki beca dalam perjalanan pulang dari kerja di sebuah kilang.
Sembilan akta bakal dipinda - Menteri Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia dalam proses meminda dan menaik taraf sembilan akta berkaitan pekerjaan yang dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.