awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF

Bernama
Bernama
28/12/2024
11:45 MYT
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini. - Gambar fail
NEW YORK: Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • UNICEF melaporkan 473 juta kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik, meningkat kepada hampir 19% daripada populasi kanak-kanak global.
  • Kanak-kanak di kawasan konflik terdedah kepada risiko seperti kecederaan, tidak bersekolah, kekurangan zat makanan, dan kehilangan tempat tinggal.
  • Menjelang akhir 2023, 47.2 juta kanak-kanak menjadi pelarian, dengan angka dijangka terus meningkat akibat konflik di negara seperti Haiti, Lubnan, dan Sudan.

Dianggarkan kira-kira 473 juta kanak-kanak tinggal di kawasan konflik - lebih daripada satu dalam setiap enam kanak-kanak di seluruh dunia, menurut laporan yang dikeluarkan agensi itu pada Sabtu.
Peratusan kanak-kanak yang tinggal di kawasan konflik telah meningkat dua kali ganda - daripada sekitar 10 peratus pada 1990-an kepada hampir 19 peratus hari ini, menurut UNICEF. Mereka menjadi mangsa pembunuhan dan kecederaan, terpaksa berhenti sekolah, tidak menerima vaksin penting atau mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
"Berdasarkan hampir semua perbandingan, 2024 boleh dianggap sebagai antara tahun terburuk dalam sejarah UNICEF bagi kanak-kanak yang terjejas akibat konflik, baik dari segi jumlah kanak-kanak yang terlibat mahupun tahap kesan terhadap kehidupan mereka," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell, dalam satu kenyataan.
"Seorang kanak-kanak yang membesar di kawasan konflik jauh lebih berkemungkinan tidak bersekolah, mengalami kekurangan zat makanan atau diusir dari rumah mereka...Ini tidak seharusnya menjadi norma baharu. Kita tidak boleh membiarkan generasi kanak-kanak menjadi mangsa sampingan kepada peperangan dunia yang tidak terkawal."
Menurut UNICEF 47.2 juta kanak-kanak menjadi pelarian akibat konflik dan keganasan menjelang akhir 2023. Trend bagi 2024 menunjukkan peningkatan lanjut dalam perpindahan ini kerana pelbagai konflik semakin meruncing, termasuk di Haiti, Lubnan, Myanmar, wilayah Palestin dan Sudan.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kawasan konflik
#UNICEF
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan