BANGKOK: Ketika Thailand meningkatkan pengesanan kes aktif untuk membendung kenaikan ketara kes COVID-19, kes baharu terus mencatat rekod tertinggi pada Rabu dengan 20,200 jangkitan dan 188 kematian.
Kes dan kematian baharu terus meningkat, meskipun sekatan lebih ketat dikenakan termasuk perintah berkurung pada waktu malam selama tujuh jam, penutupan perniagaan dan tempat, sejak 12 Julai lalu.
Sehingga kini, Thailand telah mencatat 672,385 kes dan 5,503 kematian sejak pandemik bermula di negara ini Januari tahun lalu.
Berikutan lonjakan kes dan diburukkan lagi dengan varian Delta, Kementerian Kesihatan Awam Thailand dan pertubuhan bukan kerajaan Rural Doctor Society (RDS) telah menubuhkan 200 Pasukan Tindak Cepat Komprehensif COVID-19 (CCRT) untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di Bangkok, pusat pandemik terbaharu.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrajit berkata, pasukan CCRT termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi dan ahli teknologi perubatan telah melakukan ujian pengesanan kes aktif di komuniti yang padat di Bangkok mulai hari ini hingga 10 Ogos.
"Kami menyasarkan untuk menyaring 250,000 orang dalam tujuh hari dan menjangkakan sekitar 15 peratus atau 32,500 mungkin positif COVID-19," katanya pada sidang media.
Dr Kiattiphum berkata CCRT akan melakukan ujian dan membantu mengasingkan individu yang dijangkiti daripada komuniti mereka secepat mungkin untuk menghalang virus daripada terus merebak.
"Pasukan CCRT akan menghantar kes yang teruk ke hospital dan melakukan saringan terhadap kontak rapat," katanya.
Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan daripada 20,200 kes baharu, 3,708 dikesan melalui pengesanan kes aktif. Jumlah itu merangkumi 187 banduan dan 21 kes import.
Mengenai kes kematian baharu itu ia melibatkan 90 lelaki dan 98 wanita berusia antara 22 hingga 95 tahun, termasuk masing-masing seorang warga India dan Kemboja.
"Empat daripadanya meninggal dunia di rumah atau dalam perjalanan ke hospital," menurut CCSA.
Bangkok kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 4,118 kes baharu dan 92 kematian.
Setakat ini, sebanyak 18.58 juta dos vaksin telah diberikan sejak kempen vaksinasi dimulakan pada 28 Februari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021

Ketika Thailand meningkatkan pengesanan kes aktif untuk membendung kenaikan ketara kes COVID-19, kes baharu terus mencatat rekod tertinggi pada Rabu dengan 20,200 jangkitan dan 188 kematian. - Gambar fail/REUTERS
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.

Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.

Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah.

PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.

ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.

Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.