awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143

Bernama
Bernama
28/03/2024
13:17 MYT
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow. - Reuters
ISTANBUL: Jumlah korban mangsa serangan di sebuah dewan konsert di wilayah Moscow, Rusia meningkat kepada 143 orang, menurut Kementerian Pertahanan Awam, Bantuan Kecemasan dan Bencana negara itu.
Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Rusia, Kementerian Pertahanan Awam, Bantuan Kecemasan dan Bencana berkata pada lewat Rabu seramai 143 orang disenaraikan sebagai telah meninggal dunia pada pukul 8.15 malam waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.
"Senarai itu akan diselaraskan berdasarkan data penyelidikan perubatan forensik," katanya.
Terdahulu, Jawatankuasa Siasatan Rusia memberitahu agansi berita negara itu, TASS bahawa badan siasatan persekutuan itu telah menerima 143 laporan daripada mangsa mengenai kehilangan saudara mereka atau orang tersayang semasa serangan itu.
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Jawatankuasa itu menahan 11 orang, termasuk empat suspek di sempadan Wilayah Bryansk.
Empat suspek berkenaan didakwa di Mahkamah Daerah Basmanny, Moscow pada Ahad lepas atas pertuduhan melakukan keganasan dan mahkamah membenarkan mereka ditahan sehingga 22 Mei sementara menanti perbicaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#dewan konsert
#Rusia
#mangsa korban
#Crocus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan