BANGKOK: Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menggandakan usaha meningkatkan jumlah wanita dalam jawatan kepimpinan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.
Ini menurut laporan Snapshot Data: Kepimpinan Wanita di Wilayah ASEAN yang ditulis Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN.
Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat peningkatan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai pemimpin dan ejen perubahan di rantau ASEAN.
Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa usaha perlu dipergiat bagi mempromosikan peranan golongan itu dalam meningkatkan produktiviti, memperkukuh pemuliharaan ekosistem dan mewujudkan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
"Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam tindak balas dan pemulihan COVID-19 boleh mengubah krisis semasa menjadi peluang untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan," menurut laporan itu.
Menteri Hal Ehwal Wanita Kemboja Dr. Ing Kantha Phavi berkata, mewujudkan kesaksamaan jantina adalah suatu bentuk pelaburan yang bijak.
"Jawatan dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan adalah penting untuk memastikan suara wanita didengari dan peranan mereka diiktiraf serta dimanfaatkan dalam sektor awam dan swasta ASEAN," katanya.
Sementara itu, Pengarah Wilayah, Wanita PBB di Asia dan Pasifik Sarah Knibbs berkata penglibatan lebih ramai wanita dalam kepimpinan adalah penting untuk menggalakkan pemulihan yang lebih saksama daripada wabak di negara ASEAN.
Beliau berkata terdapat peningkatan terhadap pengiktirafan jantina dan peranan kritikal yang dimainkan oleh wanita dalam tindak balas terhadap COVID-19.
"Kita perlu memastikan mereka mengambil bahagian dan memainkan peranan yang lebih besar terhadap pemulihan COVID-19," katanya.
Laporan itu memaklumkan pegangan saham bagi pengurus wanita meningkat dua peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 39 kepada 41 peratus pada 2020 manakala pegangan pengurusan kanan dan pertengahan berada pada kadar 26 peratus lebih rendah.
Dalam tadbir urus politik, laporan itu mendedahkan golongan wanita memegang 22 peratus kerusi parlimen, tetapi mereka sering diberi peranan dalam kesaksamaan jantina dan hal ehwal wanita.
Wanita turut menyumbang 67 peratus penglibatan dalam penjagaan kesihatan, barisan hadapan yang bertindak balas terhadap wabak itu namun hanya 11 peratus ketua pegawai eksekutif di hospital terbesar di rantau ini adalah wanita.
"Menteri kesihatan ASEAN semuanya lelaki kecuali Vietnam," katanya.
Laporan itu juga mengetengahkan bahawa wanita hanya mengetuai enam peratus kementerian alam sekitar dan berkaitan pada 2020.
"Peluang untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan mengenai alam sekitar membolehkan mereka mempromosikan pemuliharaan alam sekitar, termasuk wanita orang asli yang kebanyakannya mempunyai pengetahuan ekologi tradisional," menurut laporan itu.
Oleh itu, Sidang Kemuncak Pemimpin Wanita ASEAN, Mesyuarat Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik minggu depan dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada bulan November harus memberi perhatian kepada penemuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Penglibatan lebih ramai wanita dalam kepimpinan adalah penting untuk menggalakkan pemulihan yang lebih saksama daripada wabak di negara ASEAN. - Gambar hiasan
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Kajian SSPA: Tempoh kerja singkat bantu wanita seimbang kerjaya dan keluarga
Sehingga ke hari ini, isu ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan.
Penggunaan vape dalam kalangan wanita meningkat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.