SEORANG jurugambar amatur telah berjaya merakamkan imej-imej luar biasa dan indah apabila gurun Sahara ditimpa salji pada 19 Disember lalu.
Portal berita Huffington Post melaporkan, gurun yang luas dan terkenal dengan suasana tandus itu kali terakhir menerima fenomena seperti itu adalah pada kira-kira 40 tahun lalu.
Karim Bouchetata telah merakamkan gambar-gambar menarik itu Isnin lalu di sebuah pekan di Algeria iaitu Ain Sefra, yang terletak di kawasan pergunungan Atlas di sebelah utara gurun tersebut.
Kejadian istimewa itu turut dikonhgsi seorang pengembara dan juga jurugambar, Zineddine Hashas.
Masing-masing menyiarkan penemuan tersebut dalam akaun Facebook masing-masing.
Dalam imej yang dirakamkan itu, lapisan nipis salji dilihat menyelaputi beting dan gumuk pasir, dan bertahan selama sehari. Di permukaan yang lebih curam pula, kesan jatuhan salji itu membentuk corak yang tersendiri.
Fenomena salji terakhir di Ain Sefra dilaporkan berlaku pada tahun 1979, apabila ribut salji tiba-tiba berlaku hingga membuatkan penduduk setempat terpinga-pinga dan bergegas mencari tempat berlindung.
“Semua orang terpegun melihat salji turun di gurun. Ia amat jarang terjadi. Kejadiannya menakjubkan.
“Semua orang terpesona melihat kesan tersebut dan begitu indah untuk diabadikan dalam gambar. Ia bertahan selama sehari sebelum mencair,” kata Bouchetata.
Ain Sefra yang kewujudannya bermula pada tahun 1881, merupakan pekan yang mewarisi sejarah warisan Perancis dan dikenali sebagai ‘Pintu Gerbang Gurun.
Hamparan Gurun Sahara adalah gurun panas terbesar dunia yang meliputi negara-negara seperti Algeria, Chad, Mesir, Libya, mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Sudan dan Tunisia.
Suhu panas keringnya secara purata adalah sekitar 32 darjah Celsius namun boleh melonjak sehingga menghampiri 50 darjah Celsius pada titik dan kitaran musim tertentu.
Keluasannya adalah kira-kira 9 juta kilometer persegi, iaitu membentuk 31 peratus daripada Afrika. Keluasan itu boleh dikira sebagai 11 juta kilometer persegi jika turut mengambil kira kawasan yang mengalami pemendakan tahunan kurang daripada 250 milimeter.
Astro Awani
Fri Dec 23 2016
Fenomena salji di Sahara yang berjaya dirakamkan. - Foto: Facebook - Zineddine Hashas Hashas
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Salji turun di Gunung Kinabalu
Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin Menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.
Jurugambar amatur jadi saksi fenomena salji di Gurun Sahara
Gurun yang luas dan terkenal dengan suasana tandus itu kali terakhir menerima fenomena seperti itu adalah pada kira-kira 40 tahun lalu.