Jurugambar Malaysia Wei Seng Chen, mencatat sejarah apabila menang tempat pertama dalam anugerah World Press Photo bagi kategori sukan.
Gambar Wei memaparkan pertandingan lumba lembu dimana seorang lelaki memegang ekor dua ekor kerbau jantan di kawasan sawah padi di perkampungan Batu Sangkar di Indonesia.
Imej gambar pertandingan itu adalah antara kategori utama daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.
Dengan kemenangan itu, Wei meraih hadiah wang tunai berjumlah €1,500 (RM6,200).
Majlis anugerah tahunan yang diadakan di Amsterdam, Belanda itu turut disertai oleh 54 jurugambar dari seluruh dunia yang terpilih ke peringkat akhir.
Sementara itu, juri antarabangsa telah memilih jurugambar Sweden Paul Hensen sebagai pemenang utama.
Gambar beliau menunjukkan sekumpulan lelaki membawa mayat dua kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan oleh Israel di Gaza tahun lalu.
Secara keseluruhan, sebanyak 103,481 gambar telah dihantar oleh 5,666 juruganbar dari 124 negara yang mengambil bahagian.
Lihat juga Paul Hansen memenangi anugerah 2012 World Press Photo.
Astro Awani
Sat Feb 16 2013
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Jurugambar Malaysia menang anugerah World Press Photo
Jurugambar Malaysia Wei Seng Chen, mencatat sejarah apabila menang tempat pertama dalam anugerah World Press Photo bagi kategori sukan.