DUNIA
PM Pakistan, Presiden Iran bincang situasi pasca serangan Israel pada Sidang Kemuncak ECO

Shehbaz Sharif dan Masoud Pezeshkian antara pemimpin negara yang hadir pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi ke-17 di Khankendi, Azerbaijan. REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Jumaat membincangkan situasi di Asia Barat susulan serangan Israel ke atas Iran bulan lepas.
"Kami menyemak semula kerjasama dua hala dan juga membincangkan situasi serantau berikutan serangan Israel yang melanggar undang-undang baru-baru ini," kata Shehbaz menerusi X.
Beliau mengulangi solidariti "tidak berbelah bahagi" Pakistan dengan Iran.
Perdana Menteri Pakistan itu menghargai kepimpinan Pezeshkian yang "berani dan bijaksana" semasa serangan Israel terhadap Iran dan mengalu-alukan gencatan senjata yang penting bagi keamanan dan kestabilan di rantau itu.Kedua-dua pemimpin bertemu di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) ke-17 di Khankendi, Azerbaijan.
Shehbaz juga membangkitkan isu konflik berkenaan dalam ucapannya pada sidang kemuncak itu.
"Angkatan tentera ketidakstabilan dan huru-hara terus menyahstabilkan rantau kita untuk agenda geopolitik mereka," katanya dan menyifatkan serangan Israel ke atas Iran adalah "tidak sah di sisi undang-undang, tidak ada justifikasi, dan tidak wajar."
Dalam pertemuan dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri Pakistan menilai kemajuan hubungan dua hala dan membincangkan usaha meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.
Perbincangan Shehbaz dengan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev pula meliputi isu perdagangan, hubungan pengangkutan, tenaga dan Projek Landasan Kereta Api Trans-Afghan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami