awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutaan rakyat Australia diingatkan bersiap sedia hadapi gelombang haba, angin kencang

Bernama
Bernama
22/10/2025
12:30 MYT
Jutaan rakyat Australia diingatkan bersiap sedia hadapi gelombang haba, angin kencang
Jutaan rakyat Australia diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi cuaca buruk pada Rabu apabila gelombang haba dan angin kencang melanda seluruh negara. - Foto REUTERS/Hollie Adams
MELBOURNE: Jutaan rakyat Australia diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi cuaca buruk pada Rabu apabila gelombang haba dan angin kencang melanda seluruh negara, lapor Xinhua.
Biro Meteorologi (BoM) mengeluarkan amaran cuaca buruk pada pagi Rabu bagi angin kencang di negeri pantai timur iaitu New South Wales (NSW) dan Victoria serta Australia Selatan (SA), manakala amaran gelombang haba dikeluarkan bagi Queensland dan Wilayah Utara (NT) di utara Australia.
Suhu maksimum diramalkan melebihi 35 darjah Celsius di sepanjang kawasan pantai timur NSW yang padat dengan penduduk, dan mencecah 39 darjah Celsius di ibu negeri Sydney - satu rekod baharu untuk Oktober, mengatasi rekod 38.2 darjah Celsius pada 2004.
Gelombang haba yang teruk dan angin kencang yang diramalkan mencapai sehingga 100 kilometer sejam mendorong BoM mengeluarkan amaran bahaya kebakaran melampau bagi Greater Sydney dan kawasan bersebelahan.
Menteri Kesihatan NSW Ryan Park memberi amaran kepada orang ramai agar mengelakkan aktiviti luar serta menjaga rakan dan ahli keluarga yang lebih tua, kanak-kanak dan wanita hamil.
"Kami menyeru semua orang hari ini agar mengambil langkah untuk melindungi diri daripada haba dengan kekal sejuk dan sentiasa terhidrat," katanya.
Amaran ini dikeluarkan selepas Queensland dan NSW masing-masing mencatatkan hari paling panas dalam sejarah bagi Oktober pada Selasa, dengan suhu maksimum mencecah 46.1 darjah Celsius di Queensland dan 44.8 darjah Celsius di NSW.
Victoria dan SA tidak terjejas oleh gelombang haba, namun BoM menjangkakan kedua-dua negeri itu mungkin mengalami tiupan angin kencang pada Rabu apabila sistem tekanan rendah yang terbentuk di pesisir selatan Australia bergerak ke arah timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#angin kencang
#Australia
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan