awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2024
03:30 MYT
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Adani, yang dianggarkan bernilai AS$69.8 bilion oleh Forbes, merupakan salah seorang individu terkaya dunia dan kedua terkaya di India. - Foto REUTERS
NEW YORK: Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat (AS) atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai AS$265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Kedua-duanya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Adani Green Energy, Vneet Jaain, menghadapi tuduhan penipuan sekuriti, konspirasi penipuan sekuriti dan konspirasi penipuan dalam talian.
Lima tertuduh lain pula didakwa bersubahat, melanggar Akta Amalan Rasuah Asing AS.
Adani, yang dianggarkan bernilai AS$69.8 bilion oleh Forbes, merupakan salah seorang individu terkaya dunia dan kedua terkaya di India.
Tuduhan ini muncul hanya beberapa jam selepas Adani menjual bon hijau bernilai AS$600 juta.
Laporan ini turut mengingatkan tuduhan oleh Hindenburg Research pada Januari 2023 yang mendakwa Kumpulan Adani menggunakan syarikat luar pesisir secara tidak sah, yang menyebabkan kejatuhan nilai saham kumpulan itu sebanyak AS$150 bilion.
Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan Gautam Adani dipercayai masih berada di India.
Topic Berkaitan
#Gautam Adani
#Rasuah
#Amerika Syarikat
#jutawan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan