awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas

Bernama
Bernama
02/02/2026
13:53 MYT
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran Kampung Lemang Pek pada pukul 4 petang. - Foto JBPM/via BERNAMA
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro semalam, ditemukan meninggal dunia petang tadi.

Ringkasan AI
  • Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Daro ditemui meninggal dunia berhampiran Kampung Lemang Pek.
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan penemuan jasad kanak-kanak tersebut pada pukul 4 petang.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diakhiri pada pukul 4.45 petang setelah penemuan mangsa yang kemudiannya dibawa ke hospital.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran Kampung Lemang Pek pada pukul 4 petang.
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjumpai mangsa kemudiannya memaklumkan pihak polis bagi proses pengecaman. Mangsa kemudian dibawa ke jeti di Kampung Panchor dan seterusnya dibawa ke hospital.
"Operasi SAR ditamatkan pada pukul 4.45 petang," menurut kenyataan itu.
Semalam, JBPM Sarawak memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro di Kampung Panchor, Daro.
Menurut laporan JBPM Sarawak, mangsa dipercayai keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari ibu dan bapanya.
Bapa kanak-kanak itu kemudian menemui kesan tapak kaki anaknya menuju ke sungai kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum menghubungi pihak bomba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#ditemukan lemas
#Sungai Daro
#JBPM Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan