awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter

Bernama
Bernama
08/03/2021
04:18 MYT
Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter
Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis. - Foto REUTERS
PARIS: Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR), Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada Ahad.
"Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau," ciap Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.
Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis. Juruterbang helikopter itu turut terkorban, lapor radio tempatan Eropah 1.
Dassault Group antara konglomerat terkaya di Perancis, memiliki Dassault Aviation, pengeluar jet tentera dan Group Figaro, sebuah firma media.
Topic Berkaitan
#Olivier Dassault
#Emmanuel Macron
#meninggal dunia
#jutawan Perancis
#nahas helikopter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan