awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata bersama Hamas

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2023
02:30 MYT
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata bersama Hamas
Anggota tentera rejim Zionis Israel ketika mengadakan operasi darat di Gaza. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Kabinet Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas sebagai pertukaran pembebasan tahanan rejim itu.
Gencatan senjata itu dipersetujui selama empat hari.
Pegawai Israel berkata, sepanjang tempoh itu, tiada pertempuran membabitkan Israel ke atas Palestin.
Keputusan dicapai selepas mesyuarat berlangsung selama beberapa jam, bermula semalam dan berpanjangan sehingga hari ini.
Sebelum bertemu dengan kerajaan Israel, Netanyahu bertemu dengan kabinet perangnya dan kabinet keselamatan negara mengenai perjanjian itu.
Butiran mengenai perkara itu masih belum diperinci, tetapi pegawai Israel berkata, 50 tahanan akan dibebaskan sepanjang empat hari tempoh gencatan senjata berkuat kuasa.
Menurut Israel, Hamas dipercayai menahan kira-kira 240 tebusan, yang diculik ketika pejuangnya menyerbu masuk ke Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang.
Qatar ialah perantara perjanjian itu dan disertai bersama Amerika Syarikat (AS), Israel, dan Hamas.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Israel
#Hamas
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan