awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kes COVID-19 global mendatar, Amerika dan Eropah jangan tergesa-gesa longgar sekatan - WHO

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
03:30 MYT
Kadar kes COVID-19 global mendatar, Amerika dan  Eropah jangan tergesa-gesa longgar sekatan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan jumlah jangkitan COVID-19 global mencatatkan kadar yang mendatar.
GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan jumlah jangkitan COVID-19 global mencatatkan kadar yang mendatar.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ini disumbang penurunan kes ketara yang dicatat di Amerika dan Eropah, dua benua yang paling teruk terkesan akibat pandemik itu.
Bagaimanapun beliau menegaskan agar negara terlibat tidak terlalu tergesa-gesa melonggarkan sekatan susulan perkembangan ini.
"Di peringkat global, kami mengesan kadar mendatar bagi kes COVID-19, penurunan adalah di semua benua, terutama di Amerika dan Eropah, dua benua paling teruk terjejas.
"Namun kadar ini adalah yang boleh diterima dengan 5.4 juta kes dilaporkan dan 90,000 kematian minggu lalu. Sebarang penurunan dialu-alukan, tetapi, kita pernah mengalaminya sebelum ini," jelasnya.
Dr Tedros juga memaklumkan negara-negara membangun hanya menerima 7 peratus vaksin daripada ratusan juta vaksin yang diedarkan sehingga kini.
Beliau menyeru pemimpin dunia, untuk menggunakan apa jua pendekatan bagi memperluaskan pengedaran vaksin.
Topic Berkaitan
#WHO
#kesihatan
#COVID-19
#pandemik
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan