awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli

Bernama
Bernama
02/01/2026
12:45 MYT
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
Zulkifli berkata setakat ini kira-kira 18 peratus jemaah menangguhkan haji, penurunan ketara berbanding sekitar 50 peratus sebelum ini, hasil inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). - Foto BERNAMA
BACHOK: Faktor kesihatan dikenal pasti sebagai punca utama penangguhan ibadah haji dalam kalangan jemaah Malaysia pada tahun ini mengatasi faktor kewangan yang kini berada di kedudukan ketiga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Ringkasan AI
  • Faktor kesihatan adalah punca utama penangguhan ibadah haji di Malaysia tahun ini, mengatasi faktor kewangan yang kini di kedudukan ketiga menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
  • Sekitar 18 peratus jemaah telah menangguhkan haji, berkurangan dari sebelum ini, hasil inisiatif penambahbaikan oleh Lembaga Tabung Haji.
  • Pemeriksaan kesihatan penting bagi keselamatan jemaah, dan kerajaan menjanjikan pemenuhan 100 peratus kuota haji Malaysia serta penyelesaian bagi jemaah yang menangguhkan haji dengan calon paling layak.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 18 peratus jemaah menangguhkan haji, penurunan ketara berbanding sekitar 50 peratus sebelum ini, hasil inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
"Daripada data yang diterima, faktor peribadi dan kesihatan merupakan penyumbang utama kepada penangguhan manakala faktor kewangan tidak lagi menjadi sebab dominan seperti sebelum ini," katanya selepas Sesi Penyerahan Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis, di sini hari ini.
Zulkifli berkata keperluan pemeriksaan kesihatan merupakan antara syarat yang ditetapkan dan perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan serta kelancaran ibadah jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
Berikutan itu, beliau memberi jaminan kerajaan akan memastikan 100 peratus kuota haji Malaysia dipenuhi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, dengan rayuan haji masih dibuka hingga Ramadan bagi mengisi kekosongan yang ada.
"Bagi jemaah yang menangguhkan haji, kuota berkenaan akan digantikan dengan calon paling layak mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.
"Sebarang pengumuman lanjut berkaitan tawaran dan rayuan haji akan dimaklumkan oleh TH dari semasa ke semasa," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji 2026 berikutan keputusan negara itu untuk mengekalkan kuota sebanyak 31,600 jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuota haji
#jemaah haji
#YaPEIM
#faktor kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan