WASHINGTON:Bakal naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris pada Selasa menerima dos pertama vaksin COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
"Saya ingin menggalakkan semua untuk mendapatkan vaksin. Ia tidak sakit, mudah dan selamat," kata Harris sejurus selepas diberikan vaksin Moderna di United Medical Center di Washington.
"Oleh itu, saya menggesa semua orang mendapatkan vaksin itu bila tiba giliran anda."
Seminggu sebelum itu, bakal Presiden Joe Biden menerima vaksin Pfizer-BioNTech, yang mendapat kebenaran penggunaan kecemasan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS, Turut diberi kebenaran vaksin Moderna.
Selain Biden dan Harris, Naib Presiden Mike Pence dan isteri Karen Pence juga sudah disuntik.
Semua proses suntikan vaksin itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen.
Presiden Donald Trump awal bulan ini berkata, sudah menukar rancangan untuk mengutamakan petugas Rumah Putih dalam program vaksinasi negara dan "dia sendiri belum menetapkan jadual mengambil vaksin," tetapi berharap akan mengambilnya pada masa sesuai".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Kamala Harris menerima suntikan dos vaksin Moderna COVID-19 di Pusat Perubatan United di Washington, AS, 29 Dis, 2020. REUTERS

Vaksin COVID-19 | Tidak salah kalau tidak suntik
Tiada kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang Dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Krisis COVID-19 | AirAsia teroka penghantaran guna dron
Teleport iaitu cabang logistik di bawah AirAsia Digital akan meneroka penggunaan dron untuk menghantar barang.

Politik | Ahli UMNO jangan hilang fokus
Ahli UMNO tidak harus hilang fokus ketika parti itu sedang berdepan kemelut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.

Serangan Letupan | 10 maut, dalam letupan di Mogadishu
10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam. Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.

Lawatan Asia Barat | PM, isteri tiba di Riyadh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Geologi | Lebih 50 tapak geologi akan dikaji di Lenggong
Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong, sekaligus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.

Lemas | Remaja dibawa arus masih belum ditemui
Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat. Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.

Teknologi VSAT | Bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

10 Berita Pilihan - (06 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Presiden AS umum pendirian terhadap Arab Saudi pada Isnin
Ia susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan putera mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

Kanak-kanak 4 tahun maut tertelan paku tekan
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas tertelan sebiji paku tekan yang digunakan ibunya untuk menggantung poster pembelajaran di rumah di Graham, Washington.

AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penggali kubur temui ajal ketika menggali
Seorang penggali kubur di New York, Amerika Syarikat maut apabila tertimbus ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada jam 8.30 pagi Khamis.

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
Menurut Tedros, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.

Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih
Memetik polis, wanita itu dilaporkan memiliki pistol di dalam keretanya dan ditemani seorang lelaki yang membawa pistol BB.

Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'
Nancy Pelosi menyifatkan Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan mengenai rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.