awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Desa Palma gempar bunyi letupan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2025
09:00 MYT
Penduduk Desa Palma gempar bunyi letupan
Tangkap layar video tular memaparkan Pasukan keselamatan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian. -Foto Sinar Harian
NILAI: Penduduk di kawasan Desa Palma di sini panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan awal pagi Isnin.

Ringkasan AI
  • Penduduk Desa Palma, Nilai, panik selepas bunyi letupan awal pagi Isnin.
  • Pasukan keselamatan sedang menyiasat kejadian yang melibatkan paku di jalan dan kenderaan yang terjejas.
  • Polis Nilai sedang mengenal pasti suspek serta mendapatkan bantuan bomba untuk siasatan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi.
"Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan pemeriksaan telah menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.
"Kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenal pasti objek yang meletup," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan penduduk Desa Palma panik awal pagi Isnin? A: Mereka digemparkan dengan bunyi letupan yang terjadi di kawasan tersebut.
  • Q: Bagaimana tindakan yang diambil oleh Pasukan keselamatan setelah menerima panggilan kecemasan? A: Pasukan keselamatan terus bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
  • Q: Apakah yang ditemui oleh pihak polis semasa pemeriksaan di lokasi kejadian? A: Pihak polis menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.

Topic Berkaitan
#Desa Palma Nilai
#letupan
#paku
#panggilan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan