awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung di sempadan Thailand-Kemboja kosong, rumah rosak akibat pertempuran

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2025
23:00 MYT
Kampung di sempadan Thailand-Kemboja kosong, rumah rosak akibat pertempuran
Keadaan keselamatan yang tidak stabil dan pertempuran yang masih berterusan menghalang orang awam daripada kembali ke rumah masing-masing. - Foto REUTERS
SISAKET: Beberapa buah kampung di wilayah Sisaket, Thailand yang terletak berhampiran sempadan Kemboja kini sunyi dan kosong selepas penduduknya dipindahkan ke pusat perlindungan berikutan pertempuran yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.
Menurut laporan China Media Group (CMG), seorang wartawannya yang dibenarkan memasuki zon konflik sempadan oleh tentera Thailand pada Ahad menyaksikan kesan tembakan peluru di bangunan kediaman serta kawah besar akibat serangan roket dan artileri.
“Penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat perlindungan, hanya kami anggota keselamatan yang masih berada di kawasan ini,” kata Leftenan Jeneral Tentera Thailand, Patchakorn.
Beliau menambah bahawa keadaan keselamatan yang tidak stabil dan pertempuran yang masih berterusan menghalang orang awam daripada kembali ke rumah masing-masing.
Bunyi tembakan artileri masih kedengaran sepanjang hari, dengan pihak tentera Thailand mengesahkan bahawa letupan tersebut berpunca daripada serangan balas ke atas kedudukan tentera Kemboja.
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, pada Ahad berkata bahawa pasukan keselamatan negara telah menguasai hampir semua kawasan sasaran dan kini sedang mendesak pasukan Kemboja berundur.
Kawasan terlibat juga sedang dipantau rapi bagi mengelakkan pertempuran berulang.
Konflik sempadan yang tercetus semula sejak 7 Disember lalu telah meragut nyawa 34 orang awam Thailand, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri.
Di pihak Kemboja, Kementerian Pertahanan negara itu melaporkan 19 kematian orang awam pada hari yang sama.
Ketegangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan serantau, dengan pemerhati menyeru agar kedua-dua negara segera menghentikan keganasan dan mencari penyelesaian diplomatik.
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#pertempuran
#pusat perlindungan
#kesan tembakan peluru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan