awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada bakal iktiraf negara Palestin di PBB September ini

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2025
01:20 MYT
Kanada bakal iktiraf negara Palestin di PBB September ini
Carney mengumumkan, Kanada berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin pada persidangan PBB yang dijadualkan berlangsung September ini. - Foto REUTERS
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, pada Rabu mengumumkan, Kanada berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung September ini.

Ringkasan AI
  • Kanada berhasrat mengiktiraf negara Palestin pada September, bergantung kepada komitmen reformasi oleh pihak Berkuasa Palestin termasuk pilihan raya tanpa penglibatan Hamas.
  • Langkah ini menyusul pengumuman serupa oleh Perancis dan Britain, mencerminkan tekanan antarabangsa terhadap Israel berikutan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
  • Keadaan di Gaza semakin membimbangkan, dengan laporan kematian akibat kebuluran dan insiden maut ketika penduduk cuba mendapatkan bantuan makanan daripada trak PBB.

Pengumuman ini sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing.
Pengumuman itu dibuat susulan kenyataan Perancis minggu lalu yang turut menyatakan hasrat untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, manakala Britain pula menyatakan akan berbuat demikian sekiranya konflik di Gaza, wilayah Palestin yang diduduki Israel tidak dihentikan menjelang persidangan tersebut.
Carney berkata, langkah itu bergantung kepada komitmen pihak Berkuasa Palestin untuk melaksanakan reformasi, termasuk penambahbaikan tadbir urus serta penganjuran pilihan raya umum pada tahun 2026, yang mana pejuang Hamas tidak akan dibenarkan mengambil bahagian.
Langkah yang diambil oleh sekutu rapat Israel itu mencerminkan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin membimbangkan di Gaza dan dalam masa sama, pemantau kelaparan global memberi amaran bahawa senario kebuluran paling buruk sedang berlaku di wilayah tersebut.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan tujuh lagi kematian berkaitan kelaparan pada Rabu, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada.
Pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas pula memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam tempoh tiga jam pada hari yang sama, ketika mereka cuba mendapatkan bantuan makanan daripada trak bantuan PBB yang memasuki Gaza Utara.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Kementerian Kesihatan
#krisis kemanusiaan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan