awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada hapuskan balasan tarif ke atas produk AS di bawah CUSMA

Bernama
Bernama
23/08/2025
05:20 MYT
Kanada hapuskan balasan tarif ke atas produk AS di bawah CUSMA
Carney berkata keputusan itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept, namun tidak meliputi tarif ke atas keluli, aluminium dan automobil. - Foto AP
WASHINGTON: Kanada pada Jumaat mengumumkan akan menghapuskan semua tarif balasan ke atas produk Amerika Syarikat (AS) yang diliputi di bawah Perjanjian Kanada-AS-Mexico (CUSMA) bermula bulan depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Kanada akan menghapuskan semua tarif ke atas produk AS yang diliputi di bawah Perjanjian CUSMA (USMCA) bermula 1 September.
  • Langkah ini tidak melibatkan tarif ke atas keluli, aluminium dan automobil, yang masih dikekalkan sebagai strategi rundingan.
  • AS menaikkan tarif ke atas Kanada kepada 35% pada 1 Ogos, sebagai tindak balas terhadap isu kerjasama dalam membendung aliran dadah terlarang seperti fentanyl.

"Kerajaan Kanada kini akan menyamai langkah Amerika Syarikat dengan menghapuskan semua tarif Kanada ke atas barangan AS yang khusus diliputi di bawah CUSMA," kata Perdana Menteri Mark Carney kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet.
Carney berkata keputusan itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept, namun tidak meliputi tarif ke atas keluli, aluminium dan automobil.
Perubahan itu bermaksud pelbagai barangan pengguna keluaran AS tidak lagi akan dikenakan tarif 25 peratus sekiranya mematuhi CUSMA, perjanjian perdagangan bebas kedua terbesar dunia dari segi jumlah dagangan, yang turut dikenali sebagai Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA).
Pada 31 Julai, Presiden Trump menandatangani perintah eksekutif menaikkan kadar tarif ke atas Kanada daripada 25 peratus kepada 35 peratus.
Kadar tarif baharu ke atas Kanada itu berkuat kuasa pada 1 Ogos, menurut Rumah Putih, yang menuduh Kanada gagal bekerjasama dalam usaha membendung aliran fentanyl dan dadah terlarang lain, selain bertindak balas terhadap langkah yang diambil AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#tarif Trump
#mark carney
#Perjanjian Kanada-AS-Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan