awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada mohon bawa pulang rakyatnya di China

Agensi
Agensi
04/02/2020
11:03 MYT
Kanada mohon bawa pulang rakyatnya di China
Kanada menyediakan sebuah pesawat untuk membawa pulang rakyatnya yang berada di wilayah Hubei dan China susulan jangkitan novel koronavirus di negara tersebut. Gambar @AirCanada/twitter.
KANADA telah memohon untuk membawa pulang seramai 325 rakyatnya yang berada di wilayah Hubei, susulan penyebaran jangkitan novel koronavirus di China.
Menurut kenyataan Perhubungan Antarabangsa Kanada, sebuah pesawat telah disediakan bagi tujuan tersebut.
Memetik laporan CNN, seramai 543 warganegara Kanada yang berada di Hubei telah berdaftar secara sukarela di bawah perkhidmatan Pendaftaran Orang Kanada Di Luar Negara.
"Terdapat seramai 15,219 warganegara Kanada di China termasuk di Hong Kong yang berdaftar di bawah perkhidmatan sukarela tersebut.
"Sejak perkhidamatan itu dibuka, jumlah warganegara Kanada di wilayah tersebut atau di China secara umumnya masih belum lengkap," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban lebih 400 di seluruh dunia
Dalam perkembangan sama, hanya warganegara Kanada yang memasuki China dan menggunakan pasport yang sah dibenarkan menaiki pesawat disediakan seterusnya pulang ke Kanada.
Bagaimanapun, mereka yang mempunyai simptom dijangkiti novel koronavirus tidak dibenarkan menaiki pesawat terbabit.
Topic Berkaitan
#China
#Hong Kong
#Hubei
#Kanada
#koronavirus
#novel koronavirus
#Perhubungan Antarabangsa Kanada
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan