awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anna’s Archive disaman AS$13 trilion oleh Spotify dan tiga syarikat muzik utama
Pentagon, Anthropic bertelagah isu penggunaan AI untuk senjata, pemantauan domestik
Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada nyaris dapat malu, sambut pasangan diraja Belgium dengan bendera Jerman

Agensi
Agensi
13/03/2018
07:57 MYT
Kanada nyaris dapat malu, sambut pasangan diraja Belgium dengan bendera Jerman
Bendera Kanada dilihat digandingkan dengan bendera Jerman, yang sepatutnya menggunakan bendera Belgium. - Foto: Twitter Wim Dehandschutter
Isu bendera jangan dibuat main, kerana itu adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan juga bangsa.
Kanada nyaris berdepan dengan ‘keaiban bertaraf antarabangsa’ pada Isnin apabila bendera dalam persiapan menyambut ketibaan pasangan diraja Belgium tertukar dengan bendera Jerman.
Hal itu disedari sewaktu persediaan upacara menanam pokok di Rideau Hall yang menjadi salah satu acara simbolik sempena lawatan negara oleh Raja dan Ratu Belgium.
Seorang wartawan Belgium, Wim Dehandschutter, telah mengenal pasti bendera yang salah terpasang pada pokok yang ditanam oleh Ratu Fabiola dari Belgium di lokasi berkenaan, sempena kunjungannya pada tahun 1977.
Hal tersebut sempat dimuat naik Dehandschutter ke akaun Twitter miliknya.
Oeps, foutje. Canadezen signaleren boom die koningin Fabiola in 1977 heeft geplant in Ottawa tijdens eerste Belgisch staatsbezoek met Duits(!) vlagje. Nadat Belgische media hen daar attent op maken, grijpen ze in. #BelCan2018 pic.twitter.com/pSPIqZMzaJ
— [Wim Dehandschutter] (@WDehandschutter) March 12, 2018
Bendera Belgium mempunyai tiga jalur menegak dengan susunan warna hitam, kuning dan merah, dari kiri ke kanan.
Namun, bendera yang dipasang pada pokok itu adalah bendera Jerman yang mempunyai tiga jalur melintang dengan susunan warna hitam, merah dan kuning, dari atas ke bawah.
“Ketika kami membuat persiapan di Rideau Hall, kami diberitahu tentang kesilapan tersebut,” ujar seorang jurucakap, yang mengesahkan bahawa kekeliruan tersebut sudah diperbetulkan sebelum ketibaan pasangan diraja tersebut.
Akhbar Belgium telah menjadikan hal tersebut sebagai tajuk utama laporan mereka.
Kunjungan negara ke Kanada itu merupakan yang pertama oleh keluarga diraja Belgium dalam tempoh 40 tahun.
Topic Berkaitan
#Belgium
#isu bendera
#Jerman
#Kanada
#Lawatan Negara
#raja belgium
#ratu belgium
#tertukar bendera
#upacara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan