SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris dilanggar sebuah trak apabila dia tiba-tiba melintas sebuah jalan di China.

Rakaman video pada 27 April lalu menunjukkan kanak-kanak tersebut berlari melintas jalan di Chongqing memaksa pemandu trak bertindak pantas bagi mengelak kanak-kanak tersebut.

Tindakan pantas pemandu itu berjaya menghentikan kenderaannya hanya beberapa inci daripada kanak-kanak tersebut.

Namun dia tetap didenda 200 yuan (RM130) serta ditolak tiga mata kerana tidak memperlahankan kenderaan di kawasan lintasan pejalan kaki.

Menurut Artikel 47 Undang-Undang Keselamatan Trafik di China, sebuah kenderaan harus diperlahankan di kawasan lintasan pejalan kaki dan berhenti bagi membolehkan orang ramai melintas.


Kanak-kanak lintas jalan tiba-tiba, nyaris dilanggar