awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok

Bernama
Bernama
10/05/2025
15:23 MYT
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok
Seramai 21 anggota termasuk PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Gebeng terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok di sini ketika berkelah bersama keluarganya petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang berhubung kejadian membabitkan kanak-kanak itu.
Beliau berkata seramai 21 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Gebeng terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Operasi turut dibantu orang awam dan pencarian telah dilakukan di permukaan air serta penyelaman oleh PPDA namun mangsa belum ditemukan," katanya ketika dihubungi.
Operasi telah ditangguhkan pada 7.32 malam dan akan disambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Sungai Balok
#lemas
#PPDA
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan