ISTANBUL: Presiden Filipina pada Isnin berkata Manila telah mengemukakan bantahan terhadap China berhubung insiden tembakan meriam air oleh kapal Pengawal Pantai negara itu ke atas kapalnya.
Setiausaha Luar Filipina Enrique Manalo bertemu dengan Duta Besar China Huang Xilian untuk menyatakan bantahan berhubung insiden itu, Agensi Anadolu memetik Presiden Ferdinand Marcos Jr sebagai berkata.
Pada Sabtu, Pengawal Pantai Filipina menyiarkan gambar Pengawal Pantai China menggunakan meriam air terhadap satu daripada kapalnya yang dalam misi membawa bekalan ke Beting Ayungin (Ayungin Shoal) di Laut China Selatan, kawasan yang dituntut oleh China dengan nama Terumbu Renai (Renai Reef). Beijing mengesahkan kejadian itu.
"Kami terus menegaskan kedaulatan kami... kami terus menegaskan hak wilayah kami dalam menghadapi semua cabaran ini dan konsisten dengan undang-undang antarabangsa dan UNCLOS," kata Marcos kepada media, merujuk kepada Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Marcos juga dijangka mempengerusikan mesyuarat persidangan perintah angkatan tentera Filipina untuk membincangkan langkah seterusnya.
Bagaimanapun, Marcos menambah bahawa Filipina "masih perlu terus berkomunikasi dengan kerajaan China, dengan Presiden Xi (Jinping), dengan Beijing. Kami masih perlu terus berkomunikasi dengan mereka kerana kami perlu benar-benar membuat kesimpulan."
Pada Isnin, Pengawal Pantai China berkata kapal yang ditembaknya telah "tidak menghiraukan" "peringatan dan amaran berulangnya."
Filipina menghantar dua kapal untuk "menceroboh" ke perairan di terumbu tersebut, melanggar Deklarasi Perilaku Pihak-pihak di Laut China Selatan, dan "cuba membawa bahan binaan untuk penyelenggaraan dan pengukuhan ke kapal tentera yang didaratkan secara haram. Kapal Pengawal Pantai China memintas kapal Filipina secara sah dan mengambil langkah penguatkuasaan amaran," menurutnya dalam satu kenyataan kepada akhbar harian Global Times yang berpangkalan di Beijing.
"Selepas beberapa amaran tidak diendahkan, meriam air digunakan sebagai amaran untuk mengelak konfrontasi langsung. Operasi di perairan itu adalah profesional dan terkawal, dan tiada ruang untuk kritikan," tambahnya.
Marcos berkata adalah "perkara yang baik tiada siapa yang cedera. Tetapi bekalan yang sampai ke BRP Sierra Madre tidak mencukupi jadi itulah yang perlu kita bincangkan tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya."
Sierra Madre ialah kapal era Perang Dunia II yang berkarat dan sengaja diletakkan di beting itu pada tahun 1999 untuk menguatkan tuntutan Filipina terhadap kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Setiausaha Luar Filipina Enrique Manalo bertemu dengan Duta Besar China Huang Xilian untuk menyatakan bantahan berhubung insiden itu. - Reuters
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.