[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Kapal langgar jambatan lapangan terbang, 3,000 penumpang terperangkap

Astro Awani 05/09/2018 | 22:36 MYT
Pemandangan udara menunjukkan landasan lapangan terbang Kansai yang dilanda banjir susulan taufan Jebi, di Izumisano, barat Jepun, 5 Sept, 2018. Kyodo/via REUTERS
Pihak berkuasa Jepun sedang giat memindahkan lebih 3,000 penumpang yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.
Ia susulan satu-satunya jambatan penghubung dari tanah besar ke lapangan terbang itu rosak teruk akibat dihentam sebuah kapal tangki lebih 2 tan pada Selasa ketika taufan Jebi melanda negara itu.
Penumpang dibawa keluar menggunakan bot, manakala bas mula dibenarkan melepasi satu sisi jambatan itu selepas melalui pemeriksaan.
BACA: Taufan Jebi: Angka korban cecah lapan nyawa
Angka korban meningkat kepada 11 orang manakala ratusan lagi cedera dan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Penumpang yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai susulan taufan Jebi menunggu perkhidmatan bas khas yang akan membawa mereka ke tempat selamat, di Izumisato. Kyodo/via REUTERS
Sementara itu, terbaru, satu gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido pada awal Khamis waktu tempatan, tetapi tidak ada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan.
#gempa bumi #jambatan #Jebi #Jepun #kansai #kapal #lapangan terbang #taufan #terperangkap