DUNIA
Kapal perang dikesan berhampiran kapal Global Sumud Flotilla menuju Gaza

Peserta yang menyertai misi kemanusiaan yang berada di atas kapal Alma bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan. - Gambar fail/Bernama
ISTANBUL: Sebuah kapal perang dikesan awal Rabu berada berhampiran Global Sumud Flotilla yang sedang belayar menuju Gaza, ketika penganjur melaporkan keadaan berjaga-jaga di laut, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Kapal perang Israel menghampiri kapal utama flotila, Alma, sehingga lima kaki dan memutuskan komunikasi serta mematikan enjin sebelum beredar.
- Hubungan komunikasi berjaya dipulihkan dan flotila kini berada kira-kira 121 batu nautika (225 km) dari Gaza untuk meneruskan misi mencabar sekatan Israel.
- Peserta misi mematuhi protokol keselamatan termasuk membuang telefon bimbit ke laut ketika insiden berlaku.
Peserta di atas Alma bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan.
Wartawan itu kemudian melaporkan bahawa kapal Israel berkenaan telah meninggalkan kawasan berkenaan, membolehkan flotila meneruskan pelayaran.
Flotila yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza itu memaklumkan kapal-kapal mereka kini berada kira-kira 121 batu nautika (225 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami