awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja lelaki mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter

Agensi
Agensi
21/04/2021
12:47 MYT
Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter
Hadi Tjahjanto berkata, segala upaya pencarian kapal selam Nanggala-402 sudah dikerahkan. - AP
JAKARTA: Kapal selam milik Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402, yang dilaporkan terputus hubungan di perairan Bali berkemungkinan terkandas di lokasi jurang di kedalaman 700 meter.
Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dilaporkan hilang kontak pada Rabu, sekitar jam 3 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali
Berita kehilangan KRI Nanggala-402 disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Udara TNI Hadi Tjahjanto, yang menyatakan asset tentera laut itu tidak dapat dihubungi tidak lama selepas mendapat izin menyelam.
“Baru diberi izin menyelam, setelah diberi pelepasan, langsung hilang kontak," ujar Hadi kepada portal berita Kompas.
BACA: Indonesia lancar operasi jejaki kapal selam hilang dengan 53 anggota
Dalam misi pencarian kapal selam tersebut, Indonesia meminta bantuan dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Australia, yang diharapkan dapat menyokong usaha pengesanan menggunakan kapal penyelamat kapal selam.
“Kita selama ini ada menjalin kerjasama dengan Singapura dan Australia dalam hal pencarian dan perkara yang berkaitan dengan kemalangan sewaktu latihan. Kita sudah berkomunikasi,” ujar Hadi.
Berdasarkan perancangan awal, latihan tembakan torpedo melibatkan Nanggala-402 itu akan disaksikan sendiri oleh Panglima TNI itu pada pagi esok (Khamis). Sebaliknya, Hadi akan ke lokasi untuk menyertai misi mencari dan menyelamat.
“Seluruh kapal milik TNI yang memiliki kemampuan mencari di bawah permukaan air telah kami kerahkan," ujar Hadi.
Topic Berkaitan
#kapal selam
#KRI Nanggala-402
#Indonesia
#perairan bali
#Tentera Nasional Indonesia
#TNI
#Hadi Tjahjanto
#Singapura
#Australia
#misi pencarian
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan