STESEN televisyen Iran melaporkan sebuah kapal terbang kargo Boeing 707 Kyrgyz terhempas di barat Tehran selepas berdepan masalah cuaca buruk mengorbankan kesemua kru pesawat.

Pesawat kargo berkenaan dipercayai membawa 10 kru dan dalam perjalanan dari Bishkek, Kyrgyzstan ke Iran.

Stesen TV itu turut melaporkan pesawat itu terbakar selepas terhempas di Safadasht yang terletak kira-kira 50km di barat daya Tehran. Pihak bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Laporan itu turut memetik insiden berlaku sebelum membuat pendaratan di sebuah lapangan terbang bukan komersial yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan.