Dieter Hanitzsch, 85, dipecat selepas pihak berkuasa mengkritik Sueddeutsche kerana menunjukkan Netanyahu memegang misil dengan lambang Star of David dan mikrofon sambil berkata, 'Tahun depan di Baitulmaqdis'.
Ketua editornya, Wolfgang Krach berkata, tindakan menerbitkan karikatur itu yang didakwa ada unsur anti-Yahudi adalah satu kesilapan.
Jelasnya, karikatur kontroversi memaparkan Netanyahu memakai pakaian Netta Barzilai yang menjadi juara pertandingan Eurovision 2018 itu dikeluarkan pada isu Selasa lalu.
Sementara itu, Hanitzsch yang bekerja dengan Sueddeutsche selama beberapa dekad memberitahu, lukisan itu dihasilkan kerana dia mahu mengkritik Netanyahu yang mengambil kesempatan politik atas kemenangan penyanyi Israel di acara tersebut.
Difahamkan, Majlis Media Jerman juga telah melancarkan siasatan untuk memastikan sama ada karikatur itu berunsur anti-Semitik. - Press TV/Agensi