BISNES
Trump umum kenaikan tarif selepas panggilan telefon dengan Presiden Switzerland

Trump menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan Switzerland dan menyatakan bahawa kadar 10 peratus adalah tidak mencukupi. - Foto Reuters
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif sehingga 39 peratus ke atas barangan Switzerland dipercayai selepas mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Switzerland, Karin Keller-Sutter, lapor Sputnik memetik laporan Financial Times berdasarkan sumber diplomatik Switzerland.
Ringkasan AI
- Trump umum tarif tinggi ke atas Switzerland: Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif sehingga 39% ke atas barangan Switzerland selepas rundingan perdagangan gagal mencapai persetujuan.
- 69 negara terjejas, kadar hingga 41%: Tarif baharu dikenakan ke atas 69 rakan dagang AS mulai 7 Ogos, termasuk Syria (41%), Myanmar dan Laos (40%), serta Iraq dan Serbia (35%).
- Punca ketegangan: defisit perdagangan: Trump tidak berpuas hati dengan defisit perdagangan AS-Switzerland dan menganggap kadar 10% terlalu rendah, menyebabkan rundingan gagal.
Menerusi panggilan itu, Trump menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan Switzerland dan menyatakan bahawa kadar 10 peratus adalah tidak mencukupi.
"Tiada apa yang boleh dikatakan oleh Keller-Sutter," kata sumber berkenaan.
Tarif baharu itu akan dikenakan terhadap 69 rakan dagang Amerika Syarikat dan dikuat kuasa mulai 7 Ogos, memberikan sedikit ruang kepada negara-negara terlibat untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington bagi mengelakkan kenaikan kadar import.
Menurut kandungan dekri itu, tarif tertinggi sebanyak 41 peratus dikenakan ke atas Syria, manakala import dari Myanmar dan Laos dikenakan kadar 40 peratus. Barangan dari Iraq dan Serbia pula akan dikenakan tarif sebanyak 35 peratus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami