Kate Middleton, Duchess of Cambridge, dilaporkan akan menggunakan teknik hypnobirthing semasa melahirkan anak pertama beliau. Ini adalah teknik yang menggabungkan teknik meditasi dan visualisasi yang boleh mengurangkan bukan sahaja masa bersalin tetapi rasa sakit ketika bersalin.
“Kate telah melakukan kajian tentang pelbagai kaedah bersalin. Beliau inginkan persalinan biasa, jadi hypnobirthing adalah salah satu teknik. Beliau telah pun membaca dan mendengar CD mengenai teknik ini,” kata sumber kepada majalah Grazia dari UK.
Livescience melaporkan aktivis hypnobirthing berkata teknik ini boleh mengurangkan rasa sakit (tidak sepenuhnya), dan mengurangkan keperluan epidurals dan ubat-ubatan yang lain. Falsafah hynobirthing adalah untuk wanita bersalin dengan mudah, dan ketakutan untuk bersalin hanya akan menambah kesakitan dan kesulitan.
“Hypnobirthing mengajar wanita untuk memahami otot-otot yang digunakan ketika bersalin, Ia menggalakkan wanita untuk menggunakan teknik pernafasan dalaman dan kaedah teknik rehat untuk mengurangkan kebimbangan dan ketakutan ketika bersalin,” mengikut sumber laporan.
Teknik ini bertujuan untuk membantu wanita mencapai keadaan yang lebih tenang supaya endorphin, oxytocin, dan prostaglandins digabungkan untuk menggantikan hormon stres dan otot menjerut dan kesakitan bermula. Kaedah ini menggunakan kombinasi meditasi, senaman untuk ketenangan, yang digunakan sebelum dan semasa persalinan. Salah satu teknik sebelum persalinan adalah untuk membayangkan persalinan yang tenang dimana bayi akan keluar dengan mudah.
Adakah ia berkesan? Menurut kajian lima penyelidikan pada tahun 2006, 50 peratus wanita yang menggunakan teknik hypnobirthing tidak akan menggunakan ubat penahan sakit dan hanya satu pertiga yang akan menggunakan epidural.
Sumber yang memberitahu majalah Grazia berkata teman-teman Middleton “telah menggunakan teknik ini dan bersumpah tentang keberkesanannya. Kate mahu menggunakan cara beliau dan mahu melaluinya dengan tenang.”
AFP RELAXNEWS
Sat Jun 15 2013
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Kate Middleton mahu guna teknik hypnobirthing
Kate Middleton, Duchess of Cambridge, dilaporkan akan menggunakan teknik hypnobirthing semasa melahirkan anak pertama beliau.