awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki, wanita ditemukan maut dipercayai dibunuh di Guar Chempedak

Bernama
Bernama
12/09/2025
02:00 MYT
Lelaki, wanita ditemukan maut dipercayai dibunuh di Guar Chempedak
Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, malam tadi. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, Supt Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 9.40 malam.
"Kejadian membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun yang ditemukan mati dengan kesan kecederaan pada badan akibat ditikam dengan menggunakan senjata tajam.
"Wanita itu ditemukan di tempat duduk hadapan penumpang kereta Proton Wira di hadapan sebuah rumah manakala lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan tentang hubungan antara wanita dengan lelaki terbabit.
"Kita sedang dalam usaha mengenal pasti suspek yang terlibat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#wanita maut
#ditikam
#senjata tajam
#Guar Chempedak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan