awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan ketat di pusat pengundian di Iraq

Agensi
Agensi
21/04/2013
00:27 MYT
Kawalan ketat di pusat pengundian di Iraq
Proses pilihan raya wilayah di Iraq berjalan lancar walaupun diancam keganasan.
Di beberapa kawasan pengundian terpaksa ditangguhkan dan ia menimbulkan tanda tanya terhadap kredibiliti pilihan raya tersebut.
Pilihanraya itu pertama kali diadakan selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu hampir dua tahun lalu.
Serangan mortar dilaporkan berlaku berhampiran pusat pengundian di beberapa kawasan termasuk Baghdad dan Samarra.
Di selatan bandar Jibala letupan bom kereta dan balingan bom tangan dilaporkan berlaku di kawasan berdekatan dengan pusat pemilihan.
Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa.
Sebelum itu, pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan yang menempatkan pusat pengundian manakala hanya kenderaan pihak berkuasa yang dibenarkan melalui jalan raya di beberapa bandar utama.
Walaupun berlaku peningkatan keganasan menjelang hari pengundian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq menyifatkan keselamatan negara itu berada dalam keadaan stabil.
Pada Isnin lalu, serangan bom kereta meragut lebih 55 nyawa dan mencedera lebih 200 yang lain.
Manakala serangan nekad di sebuah kafe pada Khamis telah membunuh 32 jiwa.
Sepanjang kempen pilihan raya berlangsung keganasan turut meragut 14 calon bertanding.
Topic Berkaitan
#Iraq
#Jibala
#pilihanraya Iraq
#Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan