awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan

Bernama
Bernama
01/11/2022
12:26 MYT
Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan
Lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween sebelum kejadian itu berlaku. - Gambar fail/ AP
SEOUL: Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah, menurut Perdana Menteri Han Duck-soo pada Selasa.
"Satu daripada punca utama (kejadian itu) adalah pengurusan orang ramai, dengan (Korea Selatan) kurang mendapat sokongan institusi dan tiada tindakan sistematik yang mencukupi," kata Han pada sidang akhbar bersama wartawan asing di Seoul, lapor Xinhua.
Han berkata walaupun lebih ramai pegawai polis dikerahkan ke Itaewon, ia mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal orang ramai susulan tiadanya peraturan lengkap untuk tujuan itu.
Beliau berikrar untuk mempertingkat peraturan yang berkaitan bagi mengelak bencana seperti itu berulang, sambil menyatakan bahawa punca kejadian itu akan diketahui selepas polis menyelesaikan siasatan.
BACA: Lima hal 'pelik' berlaku ketika tragedi Halloween Itaewon
Sekurang-kurangnya 156 orang terbunuh dan 151 lagi cedera dalam insiden terburuk di negara itu sejak peristiwa feri karam pada April 2014 menyebabkan 304 terkorban, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang masuk ke lorong berbukit yang sempit dan terjatuh di daerah hiburan malam yang popular di Seoul.
Kebanyakan mangsa berumur belasan tahun, 20-an dan 30-an apabila lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween tanpa pelitup muka, acara terbesar di negara itu sejak penularan wabak COVID-19 pada 2020.
Kekurangan pegawai polis untuk mengawal orang ramai yang terperangkap dan terhimpit di jalan sesak dipercayai mencetuskan insiden terbabit.
Menurut polis 137 anggota digerakkan untuk acara Halloween pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi halloween
#Itaewon
#Perdana Menteri
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan