awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kazakhstan, PBB meterai perjanjian tubuhkan pusat SDG serantau

Bernama
Bernama
03/08/2025
12:53 MYT
Kazakhstan, PBB meterai perjanjian tubuhkan pusat SDG serantau
Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Almaty semasa lawatan rasmi Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres ke Kazakhstan. - Reuters
ISTANBUL: Kazakhstan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menandatangani satu perjanjian untuk menubuhkan Pusat Serantau Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB di Asia Tengah dan Afghanistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Almaty semasa lawatan rasmi Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres ke Kazakhstan. Beliau diiringi oleh Presiden Kassym-Jomart Tokayev.
Menurut perkhidmatan akhbar presiden Kazakhstan, perjanjian itu dimeterai selepas rundingan dua hala antara Tokayev dan Guterres.
Tokayev menyifatkan pembukaan pusat itu sebagai satu langkah penting bagi rantau berkenaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guterres dan pasukan PBB atas sokongan mereka.
"Kazakhstan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk mereformasi PBB dan berkongsi keutamaan anda," kata Tokayev.
Beliau mengesahkan semula komitmen negara itu terhadap multilateralisme, diplomasi dan kerjasama.
Guterres pula memuji peranan Kazakhstan dalam mempromosikan kerjasama antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan aktiviti masa depan pusat itu, reformasi PBB dan isu-isu serantau serta global yang lain.
Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan, yang diterima pakai pada 2015, menggariskan 17 SDG yang bertujuan untuk menggalakkan kemakmuran sambil melindungi planet ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Kazakhstan
#pusat sdg serantau
#Antonio Guterres
#perjanjian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan