awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
Putera Mahkota Iran dalam buangan gesa dunia bantu jatuhkan kerajaan Tehran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran

Bernama
Bernama
16/01/2026
22:20 MYT
Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran
Tiada sebarang perhimpunan dilaporkan di seluruh negara walaupun terdapat seruan untuk rusuhan pada Khamis malam. - Foto fail/REUTERS
ISTANBUL: Ketua Polis Iran berkata keadaan di seluruh negara kembali tenang selepas beberapa hari kekacauan, sambil menyifatkan Khamis malam sebagai "malam paling tenang sejak kekacauan bermula" dan menolak terdapat seruan baharu untuk mengadakan protes dari luar Iran, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik Press TV.
Brig. Jen. Ahmadreza Radan berkata: "tiada sebarang perhimpunan dilaporkan di seluruh negara walaupun terdapat seruan untuk rusuhan pada Khamis malam," sambil berkata "keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan" sepanjang malam itu.
"Dengan rahmat Tuhan dan kehadiran rakyat yang sedar, keganasan akhirnya dinoktahkan," kata Radan.
Pihak berkuasa berkata "protes awal berhubung keadaan ekonomi berubah menjadi rusuhan ganas yang melibatkan serangan ke atas harta awam dan pasukan keselamatan".
Pihak berkuasa Iran mengumumkan "beberapa penahanan berkaitan kekacauan di beberapa wilayah termasuk Fars, Kerman, Hormozgan dan Golestan", sambil berkata "senjata, bahan letupan dan peluru gred ketenteraan dirampas dalam operasi berasaskan risikan".
Pegawai pertahanan dan keselamatan menuduh Amerika Syarikat dan Israel menyokong serta membiayai keganasan itu, dakwaan yang dinafikan oleh Washington dan Tel Aviv.
Protes antikerajaan bermula pada 28 Dis di Tehran, apabila peniaga, pedagang dan pemilik perniagaan kecil mengadakan mogok serta demonstrasi bagi membantah inflasi yang melambung, kejatuhan nilai rial dan kemerosotan keadaan ekonomi.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di AS berkata sekurang-kurangnya 2,677 orang terbunuh semasa protes itu dan hampir 19,100 lagi ditahan tetapi pihak berkuasa Iran setakat ini belum mengeluarkan angka rasmi.
Demonstrasi itu kemudiannya merebak ke beberapa bandar dan meningkat menjadi luahan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan, melibatkan pekerja, pelajar dan kumpulan lain.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Protes Iran
#kegelisahan
#Ahmadreza Radan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami