awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran bangunan tujuh tingkat di Jakarta ragut 17 nyawa

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2025
09:20 MYT
Kebakaran bangunan tujuh tingkat di Jakarta ragut 17 nyawa
Anggota bomba membawa keluar beberapa beg mayat dari lokasi kejadian. -Foto AP
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan tujuh tingkat di ibu negara Indonesia, Jakarta, pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam kebakaran di bangunan tujuh tingkat di Jakarta; api yang sukar dipadamkan menyebabkan usaha menyelamat terjejas.
  • Kebakaran disebabkan letupan bateri dron di tingkat satu dan merebak ke atas; usaha menyelamat serta pemindahan mangsa masih diteruskan.
  • Bangunan tersebut menempatkan pejabat Terra Drone Indonesia; siasatan terperinci sedang dijalankan untuk tentukan punca sebenar kebakaran.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Metro Jakarta Pusat, Komisaris Besar Susatyo Purnomo Condro, berkata operasi pemadaman masih diteruskan berikutan api yang marak di bahagian dalam bangunan menyukarkan usaha menyelamat.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada letupan bateri dron di tingkat satu sebelum merebak ke tingkat atas,” katanya kepada media tempatan.
Beberapa individu dilaporkan masih terperangkap di dalam bangunan ketika pasukan bomba berusaha mengosongkan premis berkenaan.
Difahamkan bangunan tersebut menempatkan pejabat Terra Drone Indonesia, syarikat yang menyediakan perkhidmatan dron untuk tinjauan udara dalam sektor perlombongan dan pertanian.
Rakaman televisyen tempatan menunjukkan anggota bomba membawa keluar beberapa beg mayat dari lokasi kejadian, manakala keluarga mangsa dilihat berkumpul di sekitar kawasan bangunan menunggu perkembangan lanjut.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kebakaran dan tahap pematuhan keselamatan bangunan terbabit.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah orang yang terkorban dalam kebakaran di bangunan tujuh tingkat di Jakarta? A: Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran tersebut.
  • Q: Apakah punca kebakaran yang berlaku di bangunan tersebut? A: Siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada letupan bateri dron di tingkat satu sebelum merebak ke tingkat atas.
  • Q: Apakah peranan syarikat Terra Drone Indonesia dalam bangunan yang terlibat dalam kebakaran itu? A: Bangunan terbabit menempatkan pejabat Terra Drone Indonesia, syarikat yang menyediakan perkhidmatan dron untuk tinjauan udara dalam sektor perlombongan dan pertanian.
  • Q: Bagaimanakah usaha menyelamat dan pemindahan mangsa dijalankan selepas kejadian kebakaran? A: Usaha menyelamat dan pemindahan mangsa masih diteruskan, dengan beberapa individu dilaporkan masih terperangkap di dalam bangunan ketika pasukan bomba berusaha mengosongkan premis berkenaan.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh pihak berkuasa seterusnya berkaitan kejadian kebakaran ini? A: Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kebakaran dan tahap pematuhan keselamatan bangunan terbabit.

Topic Berkaitan
#bangunan tujuh tingkat
#letupan bateri dron
#Terra Drone Indonesia
#terkorban dalam kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan