INTERNATIONAL
Kebakaran besar landa Paris, 200 anggota bomba dikerah ke lokasi

Satu kebakaran besar berlaku di Paris berhampiran kompleks mahkamah baharu yang direka oleh arkitek Itali, Renzo Piano, sekali gus menyebabkan asap memenuhi ruangan udara bandar itu pada Isnin. - Foto REUTERS
PARIS: Satu kebakaran besar berlaku di Paris berhampiran kompleks mahkamah baharu yang direka oleh arkitek Itali, Renzo Piano, sekali gus menyebabkan asap memenuhi ruangan udara bandar itu pada Isnin.
Susulan kejadian, pihak berkuasa menggesa orang ramai menjauhkan diri dari kawasan tersebut.
Dalam pada itu, asap hitam tebal kelihatan di seluruh ibu kota Perancis ketika pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran yang merebak di salah satu loji kitar semula terbesar di bandar itu.
Pihak bomba memaklumkan 60 trak bomba dan 200 anggota bomba berada di lokasi kejadian dan memaklumkan bahawa tiada mangsa terlibat.Kejadian turut memaksa pihak berkuasa menutup sebahagian jalan utama di sekitar Paris untuk memberi laluan kepada kenderaan bomba menuju ke bangunan yang terbakar.
Datuk Bandar Arrondissement, Geoffrey Boulard memaklumkan pasukan bomba tiba di lokasi dengan pantas namun api yang marak telah memusnahkan keseluruhan bangunan.
"Bangunan itu musnah sepenuhnya. Pasukan bomba tiba dengan sangat cepat, tetapi kebakaran itu berlaku di bawah tanah dan kemudian merebak ke seluruh bangunan," katanya.
Sementara itu, kebakaran di loji kitar semula Syctom itu berlaku berhampiran dengan kompleks mahkamah utama Paris, yang merupakan pencakar langit kaca yang direka oleh Piano dan dirasmikan pada tahun 2018.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami