KEBAKARAN hutan yang tercetus berhampiran Lebuh Raya A6 di selatan Paris pada Ahad merebak ke Hutan Fontainebleau, memaksa pihak berkuasa menutup laluan utama itu di kedua-dua arah ketika usaha pemadaman giat dijalankan.
Menurut laporan media tempatan, kebakaran bermula di tepi jalan berhampiran Noisy-sur-École di wilayah Seine-et-Marne sekitar jam 4.40 petang waktu tempatan sebelum api merebak dengan pantas ke kawasan hutan berhampiran.
Asap tebal yang terhasil turut menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya, menyebabkan Lebuh Raya A6 antara Noisy-sur-École dan Nemours ditutup sebagai langkah keselamatan.
Kira-kira 100 anggota bomba dikerahkan ke lokasi dengan sokongan dua helikopter berat dan sebuah pesawat pengebom air.
Menjelang jam 8 malam, kebakaran dilaporkan telah memusnahkan kira-kira 16 hektar kawasan hutan.
Jurucakap perkhidmatan bomba Seine-et-Marne, Komander Paul Laurain, berkata operasi pemadaman dijangka berlanjutan dan berkemungkinan mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan berikutan keadaan kebakaran yang disifatkan sebagai sangat marak.
Dunia
Kebakaran besar melanda Hutan Fontainebleau di Paris
Operasi pemadaman dijangka berlanjutan dan berkemungkinan mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan berikutan keadaan kebakaran yang disifatkan sebagai sangat marak. REUTERS