awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di Australia: Jerebu tebal selubung Melbourne, Canberra

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2020
23:52 MYT
Kebakaran di Australia: Jerebu tebal selubung Melbourne, Canberra
Menurut Pegawai Kanan Biro Meteorologi Australia, Tom Delamotte, asap dari Tasmania bukanlah faktor utama, tetapi ia juga berpunca daripada kebakaran di New South Wales dan di Victoria. - REUTERS
JEREBU tebal menyelubungi Melbourne dan Canberra di Australia pada Isnin.
Menurut Pegawai Kanan Biro Meteorologi Australia, Tom Delamotte, asap tebal itu dipercayai datang dari kebakaran hutan yang berlaku di Victoria.
“Kami menyaksikan pergerakan angin sejak malam tadi yang dibawa dari Victoria kepada beberapa kawasan di bandar ini termasuk Melbourne.
“Asap dari Tasmania bukanlah faktor utama, tetapi ia juga berpunca daripada kebakaran di New South Wales dan di Victoria,” kata Delamotte.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan keadaan jerebu akan berterusan di Melbourne sehingga Jumaat di mana dijangka angin kencang akan berlaku di kawasan itu.
“Masih tidak pasti adakah ia akan mencecah tahap buruk seperti hari ini,
“Tetapi esok berkemungkinan akan menjadi buruk seperti hari ini. Jerebu mungkin akan berterusan sehingga Jumaat,” tambahnya.
BACA: Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
BACA: Penduduk dipindahkan menaiki pesawat tentera Australia
Setakat ini, Canberra mencatatkan kualiti udara yang terburuk.
Dengan keadaan asap tebal itu, usaha pasukan tentera untuk memindahkan orang awam keluar dari Bandar Mallacoota.
Sementara itu, masih terdapat sejumlah 300 orang awam yang akan dipindahkan pada Isnin.
Topic Berkaitan
#asal tebal
#Australia
#jerebu
#kebakaran
#Melbourne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan