Kebakaran hutan California: Beberapa bangunan musnah akibat api marak

Agensi
September 28, 2020 13:07 MYT
Rakaman video yang tular memaparkan api marak dan merebak dengan cepat akibat kebakaran hutan yang berlaku. Foto: AP
BEBERAPA bangunan dilaporkan musnah akibat kebakaran hutan yang melanda di daerah Napa, California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Rakaman video yang tular memaparkan api marak dan merebak dengan cepat akibat kebakaran hutan yang berlaku.
Susulan itu, anggota bomba menggunakan pesawat untuk melepaskan air bagi memadamkan kebakaran.
BACA: Kebakaran hutan California: Api merebak sehingga kawasan pergunungan Los Angeles
Sementara itu, Jabatan Hutan Amerika Syarikat mengumumkan lanjutan penutupan kesemua sembilan hutan nasional di California akibat kebakaran yang disifatkan kritikal.
Sepanjang musim panas lalu, California berdepan beberapa kebakaran hutan di bahagian pantai barat wilayah itu.
Kebakaran tersebut yang berlarutan dilaporkan kerap berlaku di kawasan kering susulan perubahan iklim dan kenaikan suhu.
#California #Los Angeles #Amerika Syarikat #bomba #kebakaran #hutan